Thursday, April 16, 2009

banyaknyer kejer....xciment lagii...projek lagi...amali lagi....aduh!!!!penin




apabial terlalu banyak kerje...

diri aku jadi semakin malas...

semalam aku xtdo sebab siapkan 3 xciment...

sbb kena submit rini...

macam org gila kau mengarang ayat yg cam hampeh...

hahahahaha....

walaupun byk xciment yg ingin disiapkan semalam...

aku sempat gak kuar ngan dol n miza....

kuar makan...

hehehehe.....

nk release tension....

padahal xciment buat pon xsiap ag...

hahahahaha...

Wednesday, April 15, 2009

cara nk cover malu

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehinggaberkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawandengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengansuara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadapkebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupuntiada orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantuanda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelahanda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?

Wanita Solehah Lebih Baik Dari Bidadari Syurga

Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki. Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki.

Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, contohnya seperti Uwais Al-Qarni. Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.

Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) Lagi sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir). Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).

Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah.. Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu? Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, “Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran". Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, "Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram". (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32)
. “Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.


Setelah itu si anak bertanya, ”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”.
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,”Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. “Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”.(riwayat Al Bazzar)

P/S: "Seindah hiasan adalah WANITA SOLEHAH"

Monday, April 13, 2009

aduhai hensom nyer....jatuh hati aku,,,,







aku admire gler dgn dis guy....

aduh....so handsome....

cair aku...hahahahahahahahaha...

so cute n macho...

pelik la....ni just pandangan aku la...

aku pelik sgt dengan budaya pelatih2 di maktab...

sblum ni aku pernah masuk U..walaupun hanya 2 sem...tapi perangai dak2 kat sana berbeza sgt dengan dak2 maktab..

rutin bdak2 maktab yang xboleh nk dibuang ialah mengutuk dan mengata org...

lagi2 bdak2 laki....mengutuk perempuan macam dorg 2 bagus sgt....

kalau nk mengata org tgk la diri 2 dulu...

sblum ni aku mmg ramai kawan lelaki...tapi bler masuk maktab...

aku jadi menyampah nk bekawan rapat dengan lelaki..

sbb...depan mmg la baik...tapi belakang mengutuk...

benci aku...

sumer hipokrit...aku pon da menjadi seorang yang hipokrit...

i hate that...

ramai yang kat maktab ni mencari pasangan...

kalau bercinta 2 xmemudaratkan xkisah la...

ni sampai wat simpanan bersama la...wat pinjaman bersama la...

macam confirm jer akan kawin...

hm....pelik kan....

maktab ni tempat mencari jodoh ker????

hehehehehe....

bak kata nabil lu fikir la sendiri....

hahahahaha.....

Wednesday, April 1, 2009

my beloved brother accident.....

tanggal 16 januari 2009...pada hari jumaat..pada pukul 0900 malam...

terjadilah satu tragedi yang tak pernah aku sangka terjadi kepada abg aku...

abg aku xcident di dungun...semasa dalam perjalanan nak ke kuala terengganu untuk mengambil

mak dan kakak aku...kereta abg aku terbalik....abg aku terus dibawa ke hospital dungun setelah

anggota bomba berjaya mengeluarkan abg aku....anggota bomba mengalami kesukaran untuk

mengeluarkan abg aku kerana minyak kereta abg aku bocor...maka anggota bomba harus

berhati-hati...jika tidak kereta akan terbakar...setelah diberi rawatan awal di hospital dungun...

pada pukul 0400 pagi abg aku telah ditukarkan ke hospital sultanah nur zahirah di kuala

terengganu ini adalah kerana di hospital dungun tidak mempunyai kelengkapan yang lengkap

untuk merawat abg aku...tepat pukul 0600 abg aku sampai di HSNZ...setelah dirawat...abg aku

mengalami kecederaa yang teruk dibahagian kepala....kepalanya dijahit...namun begitu tiada

pendarahan dalaman berlaku...syukur alhamdulillah...abg aku di jaga di unit rawatan rapi katil

no.11....abg aku koma...namun begitu doktor xdapat kesan mengapa abg aku koma...namun

begitu setelah seminggu berlalu doktor dapat kesan bahawa usus abg aku pecah...maka malam

itu juga abg aku dibedah...tepat pukul 0200 pagi abg aku selamat dibedah...namun keadaan

abg aku masih di tahap kritikal...bahagian human resources petronas banyak menolong keluarga

aku...mereka telah menyediakan tempat kediaman untuk keluarga aku...kawan-kawan abg aku

xputus-putus datang untuk melawat...selepas dua minggu abg aku koma....abg aku memberi

respon yg baik....abg aku da mula membuka mata...menggerakkan jari dan tangan nyer...

gembira sungguh kami sekeluarga waktu itu...kami amat bersyukur kepada ALLAH.....

setelah sebulan abg aku berada di HSNZ...mak aku pindahkan abg aku ke hospital seberang prai

supaya senang mak aku nk menjaga abg aku...setelah dua bulan abg aku berada di hospital...

dia telah dibenarkan pulang...namun keadaan abg aku masih lemah...tidak boleh byk berjalan...

badan abg aku juga da semakin kurus....berat abg aku turun sebanyak 23 kg...sekarang abg aku

masih trauma....dan dia telah diberi cuti selama 2 bulan lagi...

Ya ALLAH....sihatkanlah abg aku...aku teramat sygkan dier...aku xsanggup tgk dier menderita...aku rindu dgn usikan dan gelak ketawanya seperti dulu...aku rindukan abg aku sgt2....dan aku amat menyayangi dier....



Sunday, March 1, 2009

entah la....

sekarang da pukul 1.30 pagi...

tapi aku still xleh tido ag...

hati rasa xtenang....

rasa sedih sgt...

rasa sayu...

aku pun xtau naper...

aku sendiri xpasti apa yg wat aku smp nangis cm ni...

yg aku tau aku sunyi sgt2....

misz my family damn much...

bonda ayahda...

along rindu nk blik umah...

along rindu n manja ngan bonda n ayahda...

huhuhuhuhuhuhuuuu...

YA ALLAH....

kuatkanlah hati hambamu ini ya ALLAH....

xper la aku rasa lbih baik aku baca al-QURAN n wat solat sunat bg tenang hati ni...

k...hehehehe...

About Me

My photo
just a simple person like everyone else... i'm an egomaniac person... hot tempered.... doesn't like hipokrit person...

box yang berkata-kata


ShoutMix chat widget

followers